Showing posts with label RESIPI IDAZ. Show all posts
Showing posts with label RESIPI IDAZ. Show all posts

Sunday, April 29, 2012

KEK BUAH SEDAP IDAZ 

500g butter
250 g gula halus
4 sudu besar sunquick oren
3 tutup esen vanilla
Pukul semua bahan di atas hingga kembang

5 biji telur gred C
1 1/2 sudu teh cream of tartar
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
500 g mix fruit
500 g tepung gandum
250 g gula hangus

Gaul  sedikkit tepung dan mix fruit. Balance ayak dengan cream of tartar dan soda
Selepas bahan dia atas cukup kembang, masukkan telur
Masuk kan tepung yg di ayak dgn soda dan cream of tartar td
Masukkan mix fruit
Masukkan gula hangus
Kukus 4 jam




Monday, April 2, 2012

RESIPI KUIH JONGKONG

Bahan A
1 cawan tepong beras
5 cawan santan
secubit garam

Bahan B
1 cawan tepong beras
5 cawan air
1 helai daun pandan
pewarna hijau

Gula pasir

Cara-cara:
1. Campur semua bahan A, masak atas api perlahan hingga pekat. ketepikan
2. Kisar daun pandan dgn suku cawan air. Ketepikan
3. Campur semua bahan B dan air daun pandan tadi, kacau atas api perlahan hingga pekat. Ketepikan.
4. Apabila bahan A dan B agak sejuk, campurkan kedua2 bahan ke atas daun pisang yg di letak kan sedikit gula pasir.
5. Balut dan stapler.
6. Kukus selama 20 minit
7. Simpan dalam peti sejuk semalaman baru makan...dappppp tau


Friday, February 10, 2012

AIS KRIM JAGUNG SEDAP


hahaha..tengok gelagat anak2 ku ini..ini lah tandanya eskrim yg mama wat sangatttt sedap..eskrim blum beku..dapat rasa sisa2 pon jadilah dulu..hahaha..hingga menjilat spatula...

AISKRIM JAGUNG

Sumber: resipi diana

Bahan-bahannya

2 1/2 cawan creamer coffeemate
2 cawan susu fullcream/fresh/low fat (belasah apa yg ada kat dapoq)
1/2 cawan gula
1/2 tin krim jagung
sedikit pewarna kuning

cara-cara

1. campur coffeemate, susu dan gula..kacau sebati
2. masuk krim jagung..kacau sebati
3. masuk adunan eskrim dlm freezer..biar separuh beku
4. dah separuh beku, keluarkan..masuk dlm mixer dan pukul hingga gebu dan sekali ganda saiznya
5. masuk dlm bekas n bekukan..da beku..boleh belasah bersama keluarga..

kalau tak suka jagung..tak perlu boh jagung..jadi eskrim vanilla
nak lagi sinful (pinjam kata2 diana)..bancuh milo pekat2..tuang atas eskrim atau lebihan ganache coklat pon boleh..emmmmm

SELAMAT MENCUBA